Tuesday, January 13, 2004

A Blog Shutdowned... Reopened



Today, 13th January 2004 a good net friend of mine, Ruqayyah Ramli had shutdown reopened her blog at http://frozen-emotions.blogspot.com . Her blogs had been my regular read for the past few months, filled with advices, experiences and poem. Very sad happy to see such a good blog closed reopened. Here it is, some of her poems published in her blog before.


Kekasih,
Isi hatimu kau luahkan padaku,
Terpegun aku dengan sucinya cintamu,
Namun sayang ianya bukan untukku,
Kasihmu untuk si dia itu.

Sedih di hati hiba tak terkata,
Tapi mendengar aku terpaksa,
Kerana jika bukan sebagai kawan,
Tiada cara lain untukku berbicara.

---------------------------------------------

Ya Allah perasaan cinta adalah dariMu,
Membuatku rindu termenung selalu,
Ya Allah lidahku kelu, aku keliru,
Mengapa cinta rasanya begitu?
Ya Allah Kau peliharalah daku,
Dari dosa mengikut nafsu,
Mudah-mudahan Kau tunjukkan daku,
Jalan yang benar yang diredhaiMu.

---------------------------------------------

Remaja Islam mencari pelita,
Tergapai-gapai dalam kegelapan,
Cahaya yang sementara disangka cinta,
Diambil lalu jatuh ke lubang penipuan.

Adakah si remaja terlalu bersendirian?
Rasa kosong dan sepi di jiwa,
Dahagakan kekasih dan jua teman,
Sehingga segalanya sanggup dikorbankan?

Remaja jangan lah engkau mudah tertipu,
Cari lah ilmu, itu yang perlu,
Kerna sesungguhnya pengalaman masih terlalu sikit,
Dunia yang belum dilihat masih terlalu luas.

-------------------------------------------------

Dalam mencari kebenaran kehidupan,
Aku berdoa padaMu Tuhan,
Didiklah aku, pimpinlah aku,
Jauh dari jalan kemungkaran.

Selamatkan aku dari penipuan,
Penipuan dalam perasaan,
Dalam kelakuan,
Dalam pergaulan.

Hari demi hari, usia mudaku luput perlahan-lahan,
Maut yang sentiasa menunggu, takkan pernah ku tahu saatnya,
Kurniakanlah aku kebijaksanaan,
Agar yang hak dan batil dapat ku bezakan.

Allah jauhilah daku dari kekesalan,
Semoga doaku Engkau kurniakan,
Segalanya ku serahkan,
Kerana Ku yakin Engkau lah tujuan sebenar,
Mengapa aku menjalani kehidupan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home